SELAMAT DATANG KE
BLOG RASMI
SK SUNGAI SIPUT, LUBOK CHINA,
MELAKA
![]() |
SEJARAH SEKOLAH |
Pada tahun 1925 , Sekolah Kebangsaan Sungai Siput mempunyai 4 buah billik darjah iaitu kelas Tahun 1 hingga kelas Tahun 4. Bilangan murid pula seramai 36 orang dan 5 orang guru. Para pelajar yang belajar di sekolah ini adalah datangnya dari 3 buah kampung iaitu Kampung Sungai Jerneh, Kampung Berisu dan Kampung Sungai Siput sendiri. Ini disebabkan kerana Kampung Sungai Jerneh dan Kampung Berisu tidak mempunyai sekolah ketika itu.
Pada awal tahun 30an dua buah kuarters guru (rumah guru) telah dibina di dalam kawasan sekolah. Kuarters ini dikira untuk kemudahan guru-guru yang tinggal jauh dari kampung ini.
Pada tahun 1960an 3 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin meningkat . Bilik ini dibina dengan mengubahsuai bangunan lama.
Oleh kerana jumlah murid semakin bertambah , sebuah bangunan tambah telah dibina pada tahun 1970an. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, bilik guru, pejabat, bilik air dan dua buah stor. Pada tahun 1998 bangunan tambahan sementara telah dibina berhampiran dengan padang sekolah. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah. Bangunan ini dibina kerana bangunan lama terpaksa dirobohkan atas faktor keselamatan. Bangunan ini telah dirobohkan pada tahun 1999. Bangunan ini siap dan boleh digunakan.
Pada Ogos 2000. Bangunan ini mengandungi 6 buah bilik darjah, bilik air dan stor. Bangunan ini dibina di bawah pentadbiran Guru Besar, Tuan Haji Kamaludin bin Mohd Nor.
Pada tahun 1995 kuarters guru yang lama telah dirobohkan. Kuarters ini telah digantikan dengan 2 buah rumah guru yang lebih selesa. Kuarters ini telah dirobohkan dengan kerjasama daripada guru-guru, AJK PIBG dan beberapa orang penduduk kampung.