SEPATAH KATA
DARI GURU BESAR
Kata Aluan Guru Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Guru-guru & kakitangan yang dihormati,
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih mengizinkan kita meneruskan perjuangan sebagai sseorang pendidik.Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua warga SK SG Siput.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2016.Kejayaan SK Sg Siput pada tahun 2016 bukanlah hasil usaha seseorang, sebaliknya ia adalah hasil kerja sepasukan yang sering saya tekankan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menikmati kejayaan tersebut. Malah, saya amat berharap semua warga SK Sg Siput akan meneruskan dan meningkatkan lagi segala usaha dan sumbangan demi kecemerlangan SKSS bagi tahun 2017.Adalah diharapkan Buku Perancangan ini akan dapat memberi panduan kepada kita semua dalam melaksanakan tugas seharian dan seterusnya menggambarkan komitmen kita yang sebenarnya terhadap tugas dan amanah yang diberikan. Adalah diyakini bahawa kita mampu menangani segala isu berkaitan pendidikan secara lebih rasional,kreatif dan berinovatif serta bersedia menghadapi Gelombang Kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia .
Akhir kata, SKSS Boleh!
Wassalam.
Selamat Maju Jaya
En. Nezam Bin Md. Derus
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Sg Siput.
No comments:
Post a Comment